After School
After School

After School

After School (Hangul: 애프터스쿨), digayakan sebagai AFTERSCHOOL dalam bahasa Jepun, ialah kumpulan wanita Korea Selatan dengan konsep kemasukan dan graduasi dibentuk oleh Pledis Entertainment.[1] Setakat pada Julai 2019, After School hanya terdiri daripada tiga ahli.After School membuat penampilan sulung mereka secara rasmi pada Januari 2009 dengan "AH!" dari album single New Schoolgirl. Berikutan penyertaan Uee pada April tahun itu, mereka melancarkan "Diva", yang memenangi anugerah "Rookie of the Month" di Cyworld Digital Music Awards.[2] Pledis Entertainment kemudian mengumumkan graduasi Soyoung, sebelum mengambil Raina dan Nana untuk keluaran "Because of You" pada November 2009.Dari 2015 ke atas, After School menghentikan promosi kumpulan dan ahli-ahli telah meneruskan kerjaya muzik, lakonan dan pemodelan secara individu. Pada tahun 2019, Lizzy mendedahkan bahawa semua ahli telah secara beransur-ansur berpisah, namun kumpulan itu tidak secara rasmi dibubarkan.